Monday, August 4, 2008

Strategi Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Islam

1. Perbezaan antara pendekatan, kaedah dan teknik.

· Pendekatan :
o Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan falsafah agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri. Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat falsafah atau suatu pengajaran, tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

· Kaedah :
o Kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dengan itu,sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah. Berbagai-bagai faktor mempengaruhi persembahan bahan agama Islam secara sistematik kepada pelajar. Umpamanya jenis pelajar, latar belakang tempat tinggal, Bandar atau luar bandar, tua,muda, latar belakang ibu bapa dan seumpamanya. Dengan itu, berbagai-bagai kaedah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.

· Teknik :
o Teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah. Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteksnya dengan kaedah yang digunakan. Umpamanya, menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa Arab merupakan suatu teknik. Menghafal merupakan suatu teknik. Begitu juga membaca, menjawab dan sebagainya. Apa yang penting ialah pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu teknik yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

2. Pendekatan
Pendekatan adalah mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan iperoleh, bagaimana ia difahami dan di mana ia di simpan. Sebagai contoh, ketika mengajar satu-satu pelajaran, guru hendaklah membina satu pendekatan supaya senang diterim

1 comment:

che wan said...

bagus blog awk ni..ada input yg bermanfaat..teruskan..